Terdapat dua jenis produk perkhidmatan utama yang ditawarkan oleh Kausar Group iaitu Produk Pengurusan dan Produk Perancangan.
Soalan Lazim
Kausar Group
Jawapan Pantas Untuk Soalan Yang Mungkin Anda Ada.
Apakah yang dimaksudkan dengan Produk Pengurusan?
Produk Pengurusan adalah produk perkhidmatan yang ditawarkan bagi membantu meringankan beban waris di dalam menguruskan harta pusaka selepas kematian pelanggan. Produk ini terbahagi kepada dua jenis iaitu Al Wasitah Mutiara (bagi harta kurang dari RM5 juta) dan Al Wasitah Berlian (bagi harta lebih dari RM5 juta).
Apakah yang dimaksudkan dengan Produk Perancangan?
Produk Perancangan adalah produk perkhidmatan yang ditawarkan bagi penyediaan dokumen pengisytiharaan hibah mengikut harta yang ingin dihibahkan. Terdapat lebih daripada 42 jenis pilihan produk yang boleh dilanggan mengikut kepada keutamaan dan kesesuaian semasa pelanggan. Sila rujuk kepada lampiran bagi senarai produk perancangan.
Berapakah had kelayakan umur bagi Produk Pengurusan?
Had kelayakan umur bagi Produk Pengurusan adalah bermula dari 18 tahun sehingga 60 tahun sahaja.
Berapa had kelayakan bagi Produk Perancangan?
Had kelayakan umur bagi Produk Perancangan adalah bermula dari 18 tahun dan ke atas.
Apakah dokumen yang akan diterima selepas pelanggan membuat pembayaran?
Dokumen Akuan pelanggan, Polisi pembatalan, Polisi PDPA, Terma dan Syarat Produk akan di e-mel kepada pelanggan. Manakala, kad legasi akan dipos ke alamat surat menyurat pelanggan.
* Hanya untuk Pelanggan yang berdaftar di UsraHDD sahaja.
Apakah polisi pembatalan?
Tertakluk kepada tempoh bertenang (cooling-off period) selama 7 hari dari tarikh penghantaran terma dan syarat perkhidmatan.
Pelanggan berhasrat untuk membatalkan langganan terhadap perkhidmatan di dalam sebutharga, Pelanggan perlu menghantar borang pembatalan kepada Syarikat sama ada secara tangan, pos atau di hantar melalui atas talian mengikut saluran komunikasi rasmi syarikat dengan syarat borang tersebut sampai ke pihak Syarikat di dalam tempoh bertenang.
Apakah polisi PDPA?
Tujuh (7) Prinsip Perlindungan Data Peribadi di bawah PDPA dan/atau mana-mana undang-undang terpakai lain yang berkaitan dan Kausar Group akan mematuhi semua garis panduan, penentuan atau syor yang tidak terpakai yang dibuat oleh badan kawalselia yang berkaitan yang mentadbir prinsip privasi yang terpakai kepada Data Peribadi tersebut.
Apakah kegunaan Kad Legasi?
Kad Legasi adalah kad identifikasi bagi pelanggan Kausar Group. Sebaiknya pelanggan perlu menyimpan kad tersebut di dalam dompet bagi memudahkan waris untuk menghubungi Kausar Group sekiranya berlaku kematian kepada pelanggan.
Dimanakah saya boleh dapatkan salinan notis perlindungan data peribadi?
Pelanggan boleh layari laman sesawang Kausar Group – Notis Perlindungan Data Peribadi, juga dinyatakan di dalam akuan pelanggan digital yang dipersetujui oleh pelanggan apabila membuat pendaftaran perkhidmatan.
Apakah kaedah pembayaran bagi Produk Pengurusan?
Pembayaran bagi Produk Pengurusan adalah secara ansuran selama 180 bulan atau 15 tahun yang bermula serendah RM65 sebulan melalui kaedah pengebilan automatik (auto billing) dan pemindahan wang (transfer). Sekiranya pelanggan meninggal dunia di dalam tempoh ansuran ini, baki pembayaran akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak Syarikat.
Apakah kaedah pembayaran bagi Produk Perancangan?
Terdapat 3 kaedah pembayaran bagi Produk Perancangan iaitu:
a) Pembayaran secara penuh (lump sum):
Pembayaran yang dilakukan secara sekali pembayaran (one-off) bagi keseluruhan jumlah invois seperti yang telah dipersetujui sama ada melalui pemindahan wang (transfer) atau melalui pautan pembayaran automatik FPX (Online banking).
b) Pembayaran secara Interim:
Pembayaran yang dilakukan secara 2 atau 3 kali bayaran sahaja termasuk pembayaran pendahuluan minima sebanyak 20% atau lebih daripada jumlah invois seperti yang telah dipersetujui sama ada melalui pemindahan wang (transfer) atau melalui pautan pembayaran automatik FPX (Online banking) dan pembayaran perlu dibuat secara bulanan berturut-turut dari tarikh pembayaran pendahuluan diterima.
c) Pembayaran secara Ansuran:
Pembayaran yang dilakukan secara secara bulanan mengikut tempoh ansuran yang bermula dari 1 tahun sehingga 7 tahun berdasarkan keseluruhan jumlah invois seperti yang telah dipersetujui sama ada melalui pemindahan wang (transfer), melalui pautan pembayaran automatik FPX (Online banking) atau melalui pengebilan automatik (auto billing). Caj pentadbiran akan dikenakan kepada pelanggan berdasarkan tempoh ansuran seperti yang telah ditetapkan oleh pihak Syarikat.
Apakah yang dimaksudkan dengan Pengebilan Automatik (auto billing)?
Pengebilan Automatik (auto billing) adalah merujuk kepada perjanjian pembayaran di antara pelanggan dan Syarikat melalui perkhidmatan pembayaran berkala secara automatik di dalam tempoh waktu tertentu seperti yang telah dipersetujui.
Apakah Jenis Pengebilan Automatik (auto billing) yang digunakan?
Terdapat 3 jenis Pengebilan Automatik (auto billing) iaitu:
a) Debit Purchase (Kad Debit sahaja)
b) Ipay88 (Kad Debit/Kredit dan e-Wallet)
c) Curlec (Kad Debit/Kredit, FPX dan e-Wallet)
Bagaimanakah caranya jika pelanggan ingin mengemaskini atau menukar Kad Debit yang sedia ada kepada Kad Debit yang lain?
Pelanggan perlu e-mel ke customerservice@kausarwealth.com dan pihak kami akan menghantar semula pautan untuk mengemaskini kad yang baharu, atau boleh berhubung terus dengan Dai’e anda.
Bagaimana saya mahu dapatkan salinan penyata atau invois pembayaran?
Pelanggan perlu e-mel ke customerservice@kausarwealth.com dan akan dikeluarkan dalam tempoh 3 hari bekerja.
Jika saya meninggal dunia, apakah tindakan waris?
1. Sila hubungi Khidmat Pelanggan Kausar Group untuk laporkan kematian dan penetapan khutbah pusaka.
2. Senaraikan waris-waris yang terlibat bagi pengurusan harta pusaka pelanggan.
3. Senaraikan harta-harta yang ditinggalkan oleh Si Mati.
Apa itu Khutbah Pusaka?
Kausar Group satu-satunya Syarikat yang menawarkan sesi Khutbah Pusaka kepada waris-waris selepas kematian pelanggan.
Khutbah Pusaka merupakan satu sesi runding cara dan konsultasi di antara Kausar Group bersama waris-waris bagi pengurusan pusaka dan perancangan pelanggan.
Antara agenda di dalam sesi Khutbah Pusaka ialah :
- Kajian Fakta Kes Pusaka.
- Pembacaan Amanat Pengurusan Harta Pusaka.
- Pembacaan dan Penerangan Dokumen Perancangan Pelanggan.
- Bahagian Faraid Waris-waris.
- Proses Pengurusan Harta Pusaka.
- Sesi Konsultasi
Apakah dokumen / item yang pelanggan dapat sekiranya melanggan Wasitah?
Rujuk kepada Terma & Syarat Wasitah :
i. Akuan pelanggan, Polisi pembatalan, Polisi PDPA, Terma dan Syarat Produk akan di e-mel kepada pelanggan.
ii. Kad Legasi
Dokumen Pelantikan Wasi (DPW), Wasiyyah 1/3 percuma dan penyimpanan dokumen secara percuma.
* Hanya untuk Pelanggan yang berdaftar di UsraHDD sahaja.
Apakah manfaat tanggungan bagi Al Wasitah Mutiara dan Al Wasitah Berlian?
Al-Wasitah Berlian :
• Tahap maksimum tanggungan pengurusan pusaka: RM60,000.
Al-Wasitah Zamrud :
• Tahap maksimum tanggungan pengurusan pusaka: RM22,000.
Al-Wasitah Mutiara :
• Khairat kematian: RM2,000.
• Tahap maksimum tanggungan pengurusan pusaka: RM20,000.
Al-Wasitah Delima (RM50) :
• Khairat kematian: RM1,000.
• Tahap maksimum tanggungan pengurusan pusaka: RM10,000.
Al-Wasitah Delima (RM45, RM48) :
• Khairat kematian: RM1,000.
• Tahap maksimum tanggungan pengurusan pusaka: RM8,000.
Jika harta pelanggan melebihi RM5 juta, apakah perkhidmatan yang sesuai?
Pelanggan boleh membuat Peruntukan Pusaka dari Hibah Tabung Haji / Polisi Takaful / Kasihku.
Apakah beza Al Wasitah Mutiara dan Berlian bagi Kes Pusaka?
Al Wasitah Mutiara :
• Diuruskan di Pejabat Pusaka Kecil bagi harta kurang dari RM5 juta.
• Harta yang diuruskan ialah hartanah (harta tidak alih) dan harta alih atau hartanah sahaja.
Al Wasitah Berlian :
• Diuruskan di Mahkamah Tinggi Sivil untuk harta RM5 hingga RM10 juta.
• Harta yang diuruskan ialah hartanah (harta tidak alih) dan harta alih atau hartanah sahaja atau harta alih sahaja.
Apakah rukun Hibah?
Pemberi hibah (al-wahib)
Penerima hibah (al-mauhub lahu) Barang yang dihibahkan (al-mauhub) Sighah (ijab qabul).
Syarat sah hibah iaitu Ǫabd
Apakah itu Ǫabd?
Ǫabd merupakan penerimaan yang membolehkan penerima hibah berurusan atau bertasarruf dengan harta yang diterima.
Siapakah yang boleh memberi hibah?
• Islam
• Waras akal fikiran
• Baligh
• Pemilik Harta
• Tidak dipaksa
• Mempunyai kelayakan untuk memberi hibah Bebas dari maradhal maut
Apakah itu konsep maradh al-maut?
Seseorang yang menghidapi penyakit pada kebiasaannya membawa kepada kematian atau pengakit yang disifatkan oleh pakar perubatan bahawa penyakit tersebut akan membawa kepada maut.
Apakah hartanah yang tidak boleh dihibahkan?
Hartanah yang tidak boleh dihibahkan adalah
1. Hartanah yang bukan pemilikan nama pemberi hibah di dalam geran.
2. Tanah Lesen Pendudukan Sementara (Temporary Occupational License)
• Temporary Occupational License (TOL) ini adalah lesen untuk menduduki tanah milik kerajaan dan perlu diperbaharui setiap tahun.
3. Tanah yang dikaveatkan (kecuali kaveat oleh Institusi Perbankan disebabkan gadaian)
4. Tanah lot lidi
• Tanah yang merujuk kepada tanah lot yang berstatus pertanian dan belum mempunyai geran individu yang telah didaftarkan di Pejabat Tanah
5. Nama pemberi hibah sebagai pemegang amanah atau pentadbir di dalam geran.
