Anda sedang melakukan salah satu fardu kifayah dengan mendidik masyarakat dengan ilmu faraid dan menyelesaikan urusan pusaka. Ramai nasib waris akan terbela dengan perkhidmatan yang anda berikan.
Kerjaya
Kausar Group
Lebih daripada 2,300 orang Perunding Pewarisan Harta Islam telah dibimbing oleh Kausar sejak 2015 sehingga kini.
Anda mencari kerjaya yang boleh membantu anda mencapai kejayaan duniawi dan ukhrawi?
Misi mereka adalah sama
Untuk memastikan pemilik harta boleh mewariskan harta yang dimiliki kepada kepada generasi yang seterusnya. Sebagai seorang yang hidup bermasyarakat, mesti kita selalu dengar kisah kisah sedih seperti berikut:
Harta pusaka tidak dapat diwarisi dan menjadi beku.
Ahli keluarga bergaduh sesama sendiri disebabkan perebutan harta pusaka.
Hasrat pembahagian tidak terlaksana akibat instrumen pewarisan yang tidak tepat.
Tahukah Anda?
9/10 daripada RM70 Billion harta beku di Malaysia, adalah Harta Pusaka Umat Islam?
Sebahagian besar daripada harta yang beku itu adalah dalam bentuk hartanah dan wang. Anda boleh bantu menjana ekonomi Ummah dengan membantu menguruskan harta pusaka.
Bagaimana Nak Bersama Membantu Ummah Merancang Harta & Menguruskan Pusaka?
Kita dilahirkan oleh ibu bapa, kemudian berkahwin dan melahirkan zuriat. Apa yang kita usahakan dalam dunia ni sememangnya untuk memberi kebahagian dan kemudahan kepada keluarga kita. Tapi mungkin ramai di luar sana yang kurang peka tentang perancangan harta dan pengurusan harta pusaka. Anda mampu membuat perubahan.
Membangun Ekonomi Ummah Bersama Kausar Wealth Management Sdn Bhd
Pemenang Anugerah Khalifah & Piala CEO WSB Tahun 2015-2024
Rakan Pelaksana Gerakan Kesedaran Hibah Perak
Nilai Harta Terkumpul Yang Telah Diurus & Diselamatkan
Melatih hampir 2,300 perunding berdaftar di seluruh negara
Seramai 7,000 orang pelanggan seluruh Malaysia
Kausar Wealth Management Sdn Bhd menawarkan perkhidmatan professional dalam pewarisan harta Islam melalui sistem F.A.S.T
ANALISIS FARAID
Kami bantu mengenalpasti bakal waris faraid dan hak pembahagian agar anda dapat merancang pewarisan secara tepat dan mudah melalui wasiat dan hibah.
ANALISIS ASET
Kami bantu anda merancang secara tepat dengan mengambil faktor jenis aset, status pemilikan asset dan undang-undang spesifik berkaitan aset yang dimiliki.
SOLUSI
Kami bantu anda melaksanakan hasrat pembahagian harta dan pusaka menggunakan solusi yang tepat mematuhi peruntukan syarak dan perundangan.
AMBIL TINDAKAN
Kami bantu anda untuk merancang dengan mudah agar anda boleh bertindak untuk keluarga tersayang mengikut undang-undang yang relevan.
Industri Pengurusan Pewarisan Harta Islam Sangat Memerlukan Anda!
Pasaran Luarbiasa
Terdapat lebih 9.5 juta orang Islam dalam Malaysia yang layak merancang, tetapi dengan hanya kurang dari 5000 perunding pewarisan seluruh Malaysia pasti tidak mampu menyampaikan kepentingan merancang pewarisan kepada orang Islam.
Ganjaran Pendapatan
Peluang membina perniagaan yang memberikan 3 peringkat peningkatan pendapatan sebagai perunding pewarisan harta Islam yang professional. Pelbagai insentif yang menarik dan pengiktirafan disediakan oleh Kausar Group. Kebebasan masa dan fleksibiliti.
Kebebasan Masa & Fleksibiliti
Anda mempunyai kebebasan untuk membina perniagaan anda sepantas inginan dan dedikasi anda. Bukan sahaja anda boleh merancang pendapatan anda malah masa yang diperuntukan kepada perniagaan ini.
Latihan Berkualiti Tinggi
Kami akan memberikan anda latihan yang berkualiti tinggi untuk memastikan anda sentiasa bersedia dan berilmu untuk membantu pelanggan anda merancang secara tepat dan holistik.
Sertai Kami Sekarang!
Jangan berlengah lagi. Inilah kerjaya yang anda tercari-cari selama ini. Bersama kita memacu kejayaan duniawi dan ukhrawi, membangunkan ekonomi ummah dalam bidang pewarisan harta Islam.
Rangkaian Cawangan Kami
Pilih cawangan yang beroperasi di kawasan anda.
Lembah Klang
Seremban
